Friday, June 11, 2010

PGSR3.01 interaksi Mei/Jun 2010











Asslamualaikum, alhamdulillah interaksi mei/jun telah bermula. Minggu pertama interaksi dihidangkan dengan ujian akhir kursus. Ujian bermula pada 11 Jun. Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Macam nak pecah kepala menghafal. maklumlah perbedaharaan kata kurang dukuasai. Bagi teman-teman yang duduk diasrama seperti Yadin, Zul, Sudin Khalid dan samad dapatlah berbincang sesama kawan. Saya ada juga tumpang-tumpang bilik waktu rehat tengahari.
Bermacam-macam gaya teman-temanku menghafal bahasa arab. Ada yang telentang dan telangkup. (lihat foto ). semuanya kepanasan..... . Apapun tahniah kepada Ust Jefri dan Ust Roslan, kerana telah mencurahkan serta membimbing kami yang dah "senja"ni menguasai bahasa arab. Semoga kami semua dapat meningkatkan tahap profesionalisma kami, dan kami akan mempraktikkan di sekolah nanti. Bagi teman-teman yang belum siap tugasan Bahasa Arab, siapkan cepat.
Rakan sekulaiah yang perempuan masing-masing muka berkerut dan tension, maklumlah orang perempuan ni rajin sikit (sikit je) menghafal. dia orang memang bersungguh .... tak heran la, itu memang sifat perempuan.
Terima kasih kepada teman-teman semua, kita telah berjaya mengadakan jamuan kelas di hari pertama interaksi. macam-macam ade, nasi impit, mee, bahulu, karipap, nasi lemak, dan macam-macam lagi.... . untuk Ustz Shamsina Selamat Hari Lahir ke _____ (maaf gambar tak sempat ambik).
Lagi satu kejayaan PGSR3.01 ialah "Baju Batik Seragam". cayalah PGSR3.01.... Muafakat membawa berkat. Bagi teman-teman yang belum buat baju tu, cepat buat.... ketua kelas kata, " Interaksi Ogos/Sept nanti kalau tak buat juga akan dipindahkan ke kelas PGSR3.02" hahahahaha....

No comments:

Post a Comment