Monday, June 21, 2010

TAJUK TUGASAN IBADAH

Salam semua ahli kelas PGSR 4.01 Pend.Islam
Ust Amar telah e-mail kepada saya soalan tugasan.
Sebagaimana yang dipersetujui bersama pada hari akhir kuliah interaksi Jun 2010.
Agihan tajuk adalah mengikut kumpulan berdasarkan nombor soalan yang diberikan.
Sila teliti dan jawab soalan sebagaimana yang tertera di bawah ini.

TAJUK TUGASAN

KULIAH: PGSR PA 4.01 & 4.02
(AMBILAN NOVEMBER 2008)


Dalam proses merancang Pemantapan Kursus Pendidikan Ibadah Sekolah Rendah (PIM 3105), pelajar DIWAJIBKAN melaksanakan tugas berikut secara kumpulan berdasarkan tajuk-tajuk dibawah :

1. Pengenalan konsep Ibadah dan adat dalam Islam; Mengumpul maklumat mengenai definisi Ibadah dan adat dari pelbagai pandangan ulamak dan mendedahkan beberapa contoh banding beza antara ibadah dan adat dalam bentuk grafik.

2. Analisis konsep fardu ain dan fardu kifayah; Mengumpul maklumat implikasi ibadah terhadap individu, keluarga dan masyarakat serta mengemukakannya dalam bentuk grafik.

3. Analisis konsep ibadah umum dan ibadah khusus; Mengumpul maklumat adat yang boleh menjadi ibadat beserta contoh serta mengemukakannya dalam bentuk grafik.

4. Analisis salah faham konsep ibadat dan adat-adat yang bercanggah dengan Islam dengan contoh serta mengemukakannya dalam bentuk grafik.

5. Analisis perincian kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran pendidikan ibadah tahun satu dan dua serta mengemukakannya dalam bentuk grafik. Membina satu rancangan pengajaran harian yang lengkap berdasarkan satu tajuk ibadah tahun satu.

6. Analisis perincian kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran pendidikan ibadah tahun tiga dan empat serta mengemukakannya dalam bentuk grafik. Membina satu rancangan pengajaran harian yang lengkap berdasarkan satu tajuk ibadah tahun tiga.

7. Analisis perincian kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran pendidikan ibadah tahun lima dan enam serta mengemukakannya dalam bentuk grafik. Membina satu rancangan pengajaran harian yang lengkap berdasarkan satu tajuk ibadah tahun lima.

8. Analisis strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam pendidikan Ibadah tahap satu; menghurai dan mengemukakan contoh serta mengemukakannya dalam bentuk grafik.

9. Analisis strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam pendidikan Ibadah tahap dua; menghurai dan mengemukakan contoh serta mengemukakannya dalam bentuk grafik.


ARAHAN TUGASAN:

1. BERTAIP KOMPUTER ATAU TULISAN TANGAN YANG JELAS MENGGUNAKAN TULISAN JAWI (FONT JENIS JAWI BIASA SAIZ 18) LANGKAU SATU SETENGAH BARIS.
2. TUGASAN DILAKSANAKAN SECARA BERKUMPULAN (2 ATAU MAKSIMA 3 ORANG SATU KUMPULAN)
3. TUGASAN INI MEMERLUKAN SETIAP KUMPULAN MEMBENTANGKAN HASIL TUGASAN
4. SILA NYATAKAN SENARAI RUJUKAN DENGAN LENGKAP
5. BAHAGIAN KULIT LUAR HENDAKLAH DILENGKAPKAN DENGAN MAKLUMAT BERIKUT :

• NAMA PELAJAR
• ANGKA GILIRAN
• NO. KAD PENGENALAN
• KUMPULAN
• NO. KOD MATA PELAJARAN
• NAMA PENSYARAH PEMBIMBING
• TARIKH SERAHAN

6. TUGASAN PERLU DIHANTAR SEBELUM ATAU PADA BULAN SEPTEMBER 2010 (SESI PERJUMPAAN AKAN DATANG).
7. SETIAP TUGASAN WAJIB DIHANTAR PADA MASA YANG DITETAPKAN DAN DI BURN KE DALAM CD. DIHANTAR BERSAMA DENGAN BUKU TUGASAN.



SELAMAT MELAKSANAKAN TUGASAN

Sunday, June 13, 2010

Percutian Di Cherating

Kelab Kopi Kebas Seksyen 23 Shah Alam
Percutian Keluarga di Pak Itam Inn Cherating, Pahang
29 - 30 Mei 2010 ( Sabtu - Ahad )

4.30 pagi mula bertolak dari Seksyen 23 Shah Alam.
5.30 pagi berhenti rehat di Petronas Karak, Solat Subuh.
7.00 pagi Sarapan pagi di Hentian Rehat Temerloh, Pahang.

Friday, June 11, 2010

PGSR3.01 interaksi Mei/Jun 2010











Asslamualaikum, alhamdulillah interaksi mei/jun telah bermula. Minggu pertama interaksi dihidangkan dengan ujian akhir kursus. Ujian bermula pada 11 Jun. Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Macam nak pecah kepala menghafal. maklumlah perbedaharaan kata kurang dukuasai. Bagi teman-teman yang duduk diasrama seperti Yadin, Zul, Sudin Khalid dan samad dapatlah berbincang sesama kawan. Saya ada juga tumpang-tumpang bilik waktu rehat tengahari.
Bermacam-macam gaya teman-temanku menghafal bahasa arab. Ada yang telentang dan telangkup. (lihat foto ). semuanya kepanasan..... . Apapun tahniah kepada Ust Jefri dan Ust Roslan, kerana telah mencurahkan serta membimbing kami yang dah "senja"ni menguasai bahasa arab. Semoga kami semua dapat meningkatkan tahap profesionalisma kami, dan kami akan mempraktikkan di sekolah nanti. Bagi teman-teman yang belum siap tugasan Bahasa Arab, siapkan cepat.
Rakan sekulaiah yang perempuan masing-masing muka berkerut dan tension, maklumlah orang perempuan ni rajin sikit (sikit je) menghafal. dia orang memang bersungguh .... tak heran la, itu memang sifat perempuan.
Terima kasih kepada teman-teman semua, kita telah berjaya mengadakan jamuan kelas di hari pertama interaksi. macam-macam ade, nasi impit, mee, bahulu, karipap, nasi lemak, dan macam-macam lagi.... . untuk Ustz Shamsina Selamat Hari Lahir ke _____ (maaf gambar tak sempat ambik).
Lagi satu kejayaan PGSR3.01 ialah "Baju Batik Seragam". cayalah PGSR3.01.... Muafakat membawa berkat. Bagi teman-teman yang belum buat baju tu, cepat buat.... ketua kelas kata, " Interaksi Ogos/Sept nanti kalau tak buat juga akan dipindahkan ke kelas PGSR3.02" hahahahaha....