Thursday, March 18, 2010






MAJLIS PENYERAHAN BASIKAL
KELAB KOPI KEBAS (3k)
SEKSYEN 23, SHAH ALAM

Kelab Kopi Kebas telah mengadakan aktiviti berbasikal untuk ahlinya.
Satu majlis penyerahan basikal telah diadakan di rumah no.9 yang disempurnakan oleh Pengerusi Kelab, En Fathulmunir.

Gambar sekitar majlis penyerahan.





ALBUM PGSR 2.02 PA
Intraksi Mac 2010

Alhamdulillah, intraksi Mac telah selesai dengan jayanya, walaupun jadual agak padat dan sungguh memenatkan. Ada antara kami yang sangat keletihan hinnggakan terlena. Jutaan terima kasih kepada semua pensyarah yang membimbing tanpa rasa jemu sambil melayan kerenah pelajar yang telah berumur seperti kami.

Kepada kawan sekuliah, jangan lupa intraksi Jun 2010 ada peperiksaan, baca buku dan nota yang pensyarah bagi.

Kepada ;
Sudin
Sambil noreh getah, bawa nota. nanti boleh baca bawah pokok getah, nyaman. Cuma berhati-hati, toleh kanan dan kiri manalah tau kut ada harimau intai.

Khalid
Lembu jaga, nota jangan lupa.
Ustazah Shamsina tanya tugasan dah hantar ke?

Samad & Zul,
Intraksi Jun nanti kawan la dengan "man", jangan kawan dengan "ladys" je.

Semoga intraksi Jun nanti memberikan satu semangat baru dan berjaya melangkah ke Semester Empat.
BIG PGSR IPGMKPI
12-14 Mac 2010
Jumaat - Ahad.

Alhamdulillah, sangat menyeronokkan rasa macam nak sambung 2 hari lagi.

Kenangan di dalam bas zaman dulu-dulu, menuju ke Port Dickson, satu nostalgia bagi kami yang rata-rata umur 40an.
Terima kasih kepada IPGMKPI khususnya Kem Komandan, Timbalan Kem Komandan dan semua pensyarah yang sentiasa membantu kami.