Thursday, December 16, 2010

HARI PERTAMA DI SEMESTER 5 2010/1011

Hari pertama di semester lima. Kuliah bermula seawal jam 7.45pagi. PIM3107 Akhlak Islamiah. Ustaz Faridon menyampaikan ilmu berkaitan Akhlak dan memberikan tugasan. Walaupun kami semua belum hilang rasa letih menghafal dan mengulangkaji sebagai persiapan peperiksaan Sem 4. Tugasan baru untuk Sem 5 telah muncul walaupun dalam hati kami "nape la cepat sangat dapat tugasan". Dengan hati yang agak berat tetapi Ikhlas...kami cuba tangani tugasan ini dengan penuh komitmen.

Cuba lihat gelagat rakan sekuliah di hari pertama Sem 5... ada yang melepaskan rindu dendam pada suami tersayang dan ada juga yang "MACAM BUANG TA...T" makan ais krim bawah meja. Ada yang kata "NGIDAM KUT" ... INILAH RAGAM MASAM MANIS KULIAH PGSR5.01.
Semoga Allah memberkati segala usaha kami untuk memajukan diri dan profesion kami. Amin....


Thursday, December 9, 2010

GELAGAT SAHABAT-SAHABAT KU

Sekadar guruan...jangan marah

BAGAIMANA NASIB ORANG MELAYU ISLAM

Orang Melayu Memang Begitu
http://celahgelegar.blogspot.com/2010/12/

Itulah orang Melayu, sangat berbudi bahasa, sangat tidak berkira, sangat menjaga hubungan, sangat berhati-hati bila berbicara.

Tetapi, bangsa lain, hentam tak kira masa, herdik tak kira tempat, mencaci sewenang-wenangnya, berkata tak tengok muka, rakan sendiri tak pernah dijaga hati, janji kepentingan puak sendiri jadi realiti.

Adakah orang Melayu menunggu kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh orang Cina pada 13 Mei berulang baru mereka nak cawat kote?. Hayati kata-kata orang Cina detik sebelum 13 Mei:

Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei.

Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah.

Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.

Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.

Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”.

Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.

Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”

Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”

Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.

PERCUTIAN KELUARGA KE P.PINANG






4 - 5 disember 2010 bercuti / jalan2 cari makan ke p.pinang.
1. Nasi Kandar LINE CLEAR
2. Jeruk & Asam
3. Rojak
4. Mee Udang Sg Dua.

Sedap dan menyelerakan.... tapi nak sampai ke tempat yg dituju
sesak & Jem.

Friday, November 26, 2010

PGSR

Sesi pembentangan Sirah.
Banyak Ilmu yang diperolehi.

Sunday, October 31, 2010

Friday, October 22, 2010

Rukun Solat

Rukun Solat

Rukun-rukun solat

1.Niat

Dari Umar ra, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Segala amalan itu menurut niat dan bagi tiap-tiap manusia apa yang dia niatkan.”

[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

2.Berdiri dalam solat fardu

Allah swt. Berfirman yang bermaksud:

“Peliharalah solat dan solat wusta dan berdirilah kamu dalam keadaan tunduk kepada Allah”

[Surah Al Baqarah-ayat 238]

Imran ibn Husain ra berkata:

“Aku berpenyakit buasir, maka aku bertanya kepada nabi s.a.w. tentang keadaan solat, lalu baginda berkata: Bersolatlah dengan berdiri. Jika engkau tidak sanggup berdiri, maka kerjakanlah dalam keadaan duduk, maka kerjakanlah sambil berbaring di atas rusuk(sisi)”

[H.R. Al Bukhari]

3.Menghadap kiblat

4.Takbiratul ihram

Dari Aly’ , Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Anak kunci dari solat ialah suci, pembukanya ialah takbir dan penutupnya adalah salam.”

[H.R. As Syafie, Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah , dan At-Tirmidzi]

Dari Abu Humaid ra.,

“Adalah Nabi s.a.w. apabila telah berdiri untuk bersolat, beliau berdiri lurus dan mengangkat tangannya, kemudian mengucapkan Allahu Akbar.”

[H.R. Ibnu Majah , disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban]

5.Membaca Al Fatihah(tiap-tiap rakaat solat fardu dan sunat)

Ubadah ibn Samit menerangkan bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Al Fatihah di dalamnya.”

[H.R. Al Jamaah]

Rifa’ah ibn Rafi’ menerangkan:

“Bahwasanya Nabi s.a.w. mengajarkan solat kepada seorang lelaki. Baginda berkata: Jika ada sesuatu suarh dari al-Quran bersama engkau, maka bacalah dia. Jika tidak ada, pujilah Allah, besarkanlah Dia(bacalah takbir,bacalah tahlil), kemudian rukuklah.”

[H.R. Abu Daud, At-Tirmidzi(menghasankannya),An Nasa’i dan al Baihaqi]

6.Rukuk(tuma’ninah-berhenti sejenak)

7.Iktidal(tuma’ninah-berhenti sejenak)

8.Sujud(tuma’ninah-berhenti sejenak)

9.Duduk akhir dan membaca tahiyat di dalamnya

10.Salam

Dari Aly’ , Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Anak kunci dari solat ialah suci, pembukanya ialah takbir dan penutupnya adalah salam.”

[H.R. As Syafie, Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah , dan At-Tirmidzi]

11.Tertib

papasan semula dari;
http://solat.wordpress.com/rukun/

JADUAL INTERAKSI PGSR NOV-DIS 2010




Jadual boleh dimuat turun mulai hari 10 Nov 2010 di web rasmi IPIS http://www.ipislam.edu.my kemudian baru boleh rancang percutian hujung tahun bersama keluarga. Cadangan kepada teman-teman yang ingin memilih lokasi percutian.
1. Pulau Langkawi - membeli belah pinggan mangkuk, kain batik.
2. Cherating - keropok lekor, Sata.
3. Port Dickson - santai2 je (takde tempat untuk shoping.
4. Beijing China - shoping macam-macam ada.

Monday, June 21, 2010

TAJUK TUGASAN IBADAH

Salam semua ahli kelas PGSR 4.01 Pend.Islam
Ust Amar telah e-mail kepada saya soalan tugasan.
Sebagaimana yang dipersetujui bersama pada hari akhir kuliah interaksi Jun 2010.
Agihan tajuk adalah mengikut kumpulan berdasarkan nombor soalan yang diberikan.
Sila teliti dan jawab soalan sebagaimana yang tertera di bawah ini.

TAJUK TUGASAN

KULIAH: PGSR PA 4.01 & 4.02
(AMBILAN NOVEMBER 2008)


Dalam proses merancang Pemantapan Kursus Pendidikan Ibadah Sekolah Rendah (PIM 3105), pelajar DIWAJIBKAN melaksanakan tugas berikut secara kumpulan berdasarkan tajuk-tajuk dibawah :

1. Pengenalan konsep Ibadah dan adat dalam Islam; Mengumpul maklumat mengenai definisi Ibadah dan adat dari pelbagai pandangan ulamak dan mendedahkan beberapa contoh banding beza antara ibadah dan adat dalam bentuk grafik.

2. Analisis konsep fardu ain dan fardu kifayah; Mengumpul maklumat implikasi ibadah terhadap individu, keluarga dan masyarakat serta mengemukakannya dalam bentuk grafik.

3. Analisis konsep ibadah umum dan ibadah khusus; Mengumpul maklumat adat yang boleh menjadi ibadat beserta contoh serta mengemukakannya dalam bentuk grafik.

4. Analisis salah faham konsep ibadat dan adat-adat yang bercanggah dengan Islam dengan contoh serta mengemukakannya dalam bentuk grafik.

5. Analisis perincian kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran pendidikan ibadah tahun satu dan dua serta mengemukakannya dalam bentuk grafik. Membina satu rancangan pengajaran harian yang lengkap berdasarkan satu tajuk ibadah tahun satu.

6. Analisis perincian kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran pendidikan ibadah tahun tiga dan empat serta mengemukakannya dalam bentuk grafik. Membina satu rancangan pengajaran harian yang lengkap berdasarkan satu tajuk ibadah tahun tiga.

7. Analisis perincian kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran pendidikan ibadah tahun lima dan enam serta mengemukakannya dalam bentuk grafik. Membina satu rancangan pengajaran harian yang lengkap berdasarkan satu tajuk ibadah tahun lima.

8. Analisis strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam pendidikan Ibadah tahap satu; menghurai dan mengemukakan contoh serta mengemukakannya dalam bentuk grafik.

9. Analisis strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam pendidikan Ibadah tahap dua; menghurai dan mengemukakan contoh serta mengemukakannya dalam bentuk grafik.


ARAHAN TUGASAN:

1. BERTAIP KOMPUTER ATAU TULISAN TANGAN YANG JELAS MENGGUNAKAN TULISAN JAWI (FONT JENIS JAWI BIASA SAIZ 18) LANGKAU SATU SETENGAH BARIS.
2. TUGASAN DILAKSANAKAN SECARA BERKUMPULAN (2 ATAU MAKSIMA 3 ORANG SATU KUMPULAN)
3. TUGASAN INI MEMERLUKAN SETIAP KUMPULAN MEMBENTANGKAN HASIL TUGASAN
4. SILA NYATAKAN SENARAI RUJUKAN DENGAN LENGKAP
5. BAHAGIAN KULIT LUAR HENDAKLAH DILENGKAPKAN DENGAN MAKLUMAT BERIKUT :

• NAMA PELAJAR
• ANGKA GILIRAN
• NO. KAD PENGENALAN
• KUMPULAN
• NO. KOD MATA PELAJARAN
• NAMA PENSYARAH PEMBIMBING
• TARIKH SERAHAN

6. TUGASAN PERLU DIHANTAR SEBELUM ATAU PADA BULAN SEPTEMBER 2010 (SESI PERJUMPAAN AKAN DATANG).
7. SETIAP TUGASAN WAJIB DIHANTAR PADA MASA YANG DITETAPKAN DAN DI BURN KE DALAM CD. DIHANTAR BERSAMA DENGAN BUKU TUGASAN.



SELAMAT MELAKSANAKAN TUGASAN

Sunday, June 13, 2010

Percutian Di Cherating

Kelab Kopi Kebas Seksyen 23 Shah Alam
Percutian Keluarga di Pak Itam Inn Cherating, Pahang
29 - 30 Mei 2010 ( Sabtu - Ahad )

4.30 pagi mula bertolak dari Seksyen 23 Shah Alam.
5.30 pagi berhenti rehat di Petronas Karak, Solat Subuh.
7.00 pagi Sarapan pagi di Hentian Rehat Temerloh, Pahang.

Friday, June 11, 2010

PGSR3.01 interaksi Mei/Jun 2010











Asslamualaikum, alhamdulillah interaksi mei/jun telah bermula. Minggu pertama interaksi dihidangkan dengan ujian akhir kursus. Ujian bermula pada 11 Jun. Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Macam nak pecah kepala menghafal. maklumlah perbedaharaan kata kurang dukuasai. Bagi teman-teman yang duduk diasrama seperti Yadin, Zul, Sudin Khalid dan samad dapatlah berbincang sesama kawan. Saya ada juga tumpang-tumpang bilik waktu rehat tengahari.
Bermacam-macam gaya teman-temanku menghafal bahasa arab. Ada yang telentang dan telangkup. (lihat foto ). semuanya kepanasan..... . Apapun tahniah kepada Ust Jefri dan Ust Roslan, kerana telah mencurahkan serta membimbing kami yang dah "senja"ni menguasai bahasa arab. Semoga kami semua dapat meningkatkan tahap profesionalisma kami, dan kami akan mempraktikkan di sekolah nanti. Bagi teman-teman yang belum siap tugasan Bahasa Arab, siapkan cepat.
Rakan sekulaiah yang perempuan masing-masing muka berkerut dan tension, maklumlah orang perempuan ni rajin sikit (sikit je) menghafal. dia orang memang bersungguh .... tak heran la, itu memang sifat perempuan.
Terima kasih kepada teman-teman semua, kita telah berjaya mengadakan jamuan kelas di hari pertama interaksi. macam-macam ade, nasi impit, mee, bahulu, karipap, nasi lemak, dan macam-macam lagi.... . untuk Ustz Shamsina Selamat Hari Lahir ke _____ (maaf gambar tak sempat ambik).
Lagi satu kejayaan PGSR3.01 ialah "Baju Batik Seragam". cayalah PGSR3.01.... Muafakat membawa berkat. Bagi teman-teman yang belum buat baju tu, cepat buat.... ketua kelas kata, " Interaksi Ogos/Sept nanti kalau tak buat juga akan dipindahkan ke kelas PGSR3.02" hahahahaha....

Thursday, May 6, 2010

Perkhemahan Sksa






Perkhemahan SK Shah Alam
23-24 April 2010
SK Shah Alam

Unit Uniform SKSA telah mengadakan perkhemahan tahunan. Tahun ni buat kat sekolah je. Peruntukan tak de, buat cara tak de, yang penting budak tidur dalam khemah. Apapun terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang spt kambing bakar, satay, ikan bakar.
semoga Allah memberikan balasan yang setimpal, amin...

AKTIVITI KOMUNITI PKS23






Sekitar aktiviti kelab kopi kebas 2010

Friday, April 2, 2010

Sekitar Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Dania






Salam, Jiran-jiran ku yang budiman. Semoga kejiranan yang terbina kekal sepanjang hayat. Keberkatan dari Allah tujuan kita. Amin yan Rabbal A'lamin.

Thursday, March 18, 2010






MAJLIS PENYERAHAN BASIKAL
KELAB KOPI KEBAS (3k)
SEKSYEN 23, SHAH ALAM

Kelab Kopi Kebas telah mengadakan aktiviti berbasikal untuk ahlinya.
Satu majlis penyerahan basikal telah diadakan di rumah no.9 yang disempurnakan oleh Pengerusi Kelab, En Fathulmunir.

Gambar sekitar majlis penyerahan.





ALBUM PGSR 2.02 PA